Home » Citra Yadim » MAIM anjur Bengkel Pendidikan Islam Nasional 2017

MAIM anjur Bengkel Pendidikan Islam Nasional 2017

KUALA LUMPUR 13 Januari – Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) akan mengadakan Bengkel Pendidikan Islam Nasional 2017 pada 17 Januari ini bertempat di Hotel Putra, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Bengkel yang membawa tema `Memperkasa Pendidikan Islam, Menjana Modal Insan Berpersonaliti Unggul’ antara lain bertujuan menjadi batu loncatan dan permulaan sebelum melaksanakan Kongres Pendidikan Nasional pada masa hadapan.

MAIM yang merupakan sebuah majlis di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menjangkakan program ini bakal disertai oleh ketua-ketua agensi, badan-badan bukan kerajaan, wakil institusi pengajian tinggi (IPT) serta wakil daripada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Bengkel itu juga akan membincangkan pelan tindakan dan blueprint agar segala yang dipersetujui oleh peserta-peserta bengkel dapat direalisaikan.

Antara objektif bengkel ini termasuk untuk membincangkan status pendidikan Islam semasa dari segi perancangan dan pelaksanaan., membincangkan cabaran cabaran pendidikan Islam di Malaysia dan mebincangkan isu-isu semasa berkaitan dengan  pendidikan Islam.

Bengkel ini juga diadakan bagi membincangkan hal ehwal pendidikan Islam dan yang berkaitan dengannya dan  kepentingan pendidikan Islam dalam pembangunan pendidikan negara dan hala tujunya.

Bengkel ini dijadualkan bermula pada pukul 8 pagi dan sebaik sahaja sesi pendaftaran peserta dan sarapan pagi selesai, bengkel akan dimulakan dengan slot 1 yang merangkumi pembentangan kertas kerja di bawah tajuk  Pendidikan dan Undang-undang, Pendidikan dan Alam sekitar, Pendidikan dan Jihad dan Pendidikan, Gadget dan Media Sosial.

Sesi 2 pula akan mengupas tajuk-tajuk Pendidikan dan Integriti, Pendidikan dan Golongan Terpinggir, Pendidikan dan Wanita dan Pendidikan, Keusahawanan dan Kewangan.

Manakala sesi 3 membawa tajuk-tajuk seperti Pendidikan dan Ketamadunan, Pendidikan, Terrorisme dan Ekstremisme, Pendidikan dan Kepemimpinan Sekolah dan Pendidikan dan Keibubapaan.

Sesi kelima bengkel akan membincangkan tajuk Pendidikan dan Pembangunan Negara-Bangsa, Pendidikan, Sekolah Pondok dan Maahad Tahfiz, Pendidikan dan Belia dan Pendidikan dan Isu Prasekolah, Sekolah Rendah dan Menengah

Sesi terakhir bengkel iaitu sesi keenam pula membawa tajuk Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Pendidikan dan Negara, Pendidikan, Kesihatan dan Keselamatan dan Pendidikan dan Toleransi Kaum. Bengkel akan diakhiri dengan pembentangan resolusi.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *