Home » Citra Yadim » GPS membimbing remaja bakal siswazah

GPS membimbing remaja bakal siswazah

KUALA LUMPUR 10 Januari – Menyambung pelajaran ke menara gading sememangnya menjadi cita-cita kebanyakan golongan remaja kerana institusi pengajian tinggi (IPT) dianggap sebagai platform mereka untuk berjaya pada masa akan datang.

Namun, kejayaan melanjutkan pelajaran ke menara gading bukanlah tiket untuk berjaya dalam hidup andainya seseorang remaja itu gagal mengharungi cabaran dan dugaan yang begitu besar ketika berada di IPT dan apatah lagi ketika melangkah ke dunia kehidupan sebenar.

Justeru, bagi memberikan persediaan dan bimbingan kepada golongan berkenaan Bahagian Kepimpinan Muda (Kemuda) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) buat kesekian kalinya mengadakan program Gerbang Prasiswa (GPS) 2017.

Pengurus Eksekutif Bahagaian Kemuda, Zamani Karulani berkata, program ini dirangka bagi memberikan persediaan kepada pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malayasia (STAM) 2016 sebelum mereka melangkah ke IPT.

“Hasrat YADIM melalui program ini adalah untuk memberikan  bimbingan berkenaan hala tuju pengajian pasca persekolahan kepada para lepasan sekolah ini agar mereka dapat mengikuti bidang yang benar-benar sesuai dengan mereka.

“Di samping itu, program ini bertujuan agar para remaja ini dapat membina jati diri muslim di dalam jiwa mereka yang merupakan asas penting agar mereka tidak terlibat dalam gejala kurang sihat ketika mengikuti pengajian di IPT kelak,’’ katanya.

Beliau berkata, melalui program ini, para peserta berpeluang berkongsi ilmu dan menentukan hala tuju selepas STPM, STAM dan SPM bersama pelajar-pelajar universiti yang merupakan ahli-ahli Sahabat YADIM.

Katanya, program ini juga dirangka bagi membolehkan ahli-ahli Sahabat YADIM memberikan sumbangan kepada masyarakat di samping memperkenalkan badan berkenaan kepada golongan muda dan seterusnya mengeratkan ukhuwah sesame mereka.

“Program ini akan diadakan di 13 lokasi dan setiap peserta hanya dikenakan yuran sebanyak RM20 sahaja. Selain itu, pihak penganjur akan menyediakan kemudahan bas di beberapa lokasi bagi memudahkan perhubungan,’’ katanya

Menurutnya, program ini hanya terhad kepada 150 penyertaan terawal sahaja di setiap lokasi dan setiap peserta akan disediakan makanan dan penginapan serta sijil penyertaan.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi melalui whatsapp 013-2505224 (Zamani), 017-3446422 (Hafiz), 012-9260683 (Taufik) dan 0111-2994025 (Hayaati).

Lokasi program adalah seperti berikut:,

  1. Sarawak pada 14 – 16 Januari 2017 di Kem Bina Negara Sampadi, Lundu, Sarawak.
  2. Sabah pada 16 – 18 Januari 2017 di Kem Bina Negara, Kundasang, Sabah
  3. Terengganu pada 17 – 19 Januari 2017, di Kem Biro Tatanegara, Besut
  4. Kedah pada 28 – 30 Januari 2017 di Kem Paya Pahlawan, Jitra, Kedah
  5. Kelantan pada 21 – 23 Januari 2017 di Sweet Beach Resort, Tok Bali, Pasir Puteh
  6. Pahang pada 21-23 Januari 2017 di Kempville, Kuantan Pahang
  7. Negeri Sembilan pada 28 – 30 Januari 2017 di Rantau Agro Park, Rantau
  8. Johor Pada 28 – 30 Januari 2017 di Kem Kaizen Gunung Pulai, Pontian, Johor
  9. Melaka pada 3 – 5 Februari 2017 di Kem Permata Resort, Ayer Paabas, Alor Gajah, Melaka.
  10. Wilayah Persekutuan / Selangor pada 4 – 6 Februari 2017 di Kem Bumi Jati, Seksyen 30 Shah Alam
  11. Pulau Pinang pada 4 – 6 Februari 2017 di Pusat Latihan Zakat Pulau Pinang, Sg Acheh, Balik Pulau
  12. Perlis pada 4 – 6 Februari 2017 di Tasoh Lake Resort & Retreat, Kaki Bukit, Kangar
  13. Perak pada 4 – 6 Februari 2017 di Kompleks Rakan Muda Kampar

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *