DHAKA 30 Nov. – Sekurang-kurangnya 10,000 penduduk Rohingya dilaporkan telah melarikan diri ke Bangladesh ekoran kekejaman tentera Myanmar, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Jurucakap PBB bagi pelarian atau UNHCR, Vivian Tan berkata, situasi berubah dengan cepat dan jumlah sebenar pelarian Rohingya itu mungkin lebih tinggi ketika ini.
Walaupun kerajaan Bangladesh dikatakan mula mengetatkan kawalan pintu sempadan mereka, beribu-ribu penduduk Rohingya masih cuba memasuki negara itu walaupun dalam keadaan ‘sehelai sepinggang’. -AFP
KOMEN