KAHERAH, 23 Nov. – Mahkamah Rayuan Tertinggi Mesir membatalkan satu daripada dua hukuman penjara seumur hidup yang dikenakan ke atas bekas Presiden Ikhwanul Muslimin, Mohammed Morsi, semalam.
Menurut sumber kehakiman dan peguamnya, Abdel Moneim Abdel Maqsoud, hukuman terhadap beberapa pegawai pertubuhan Ikhwanul Muslimin yang dibicarakan bersama beliau juga dibatalkan pihak mahkamah.
Memetik laporan berita antarabangsa, pada 27 November depan, mahkamah sama akan mula meneliti semula hukuman penjara seumur hidup kedua terhadap Morsi dalam satu perbicaraan berasingan.
Hukuman itu dikenakan atas tuduhan mencuri beberapa dokumen berkaitan keselamatan negara dan menyerahkannya kepada Qatar, sebuah negara yang menyokong Ikhwanul sejak sekian lama.
Beliau kemudiannya dijatuhi hukuman 20 tahun penjara tanpa parol atas tuduhan tuduhan menangkap dan mendera perusuh ketika memegang jawatan Presiden.
Morsi digulingkan oleh pihak tentera diketuai Jeneral Abdel Fattah El-Sisi pada Julai 2013 selepas tunjuk perasaan besar-besaran membantah pemerintahannya.
Sejak itu, pihak berkuasa Mesir mengharamkan Ikhwanul Muslimin dan menangkap beribu-ribu penyokongnya.- Agensi
KOMEN