KUALA LUMPUR 9 Nov. – Bagi meningkatkan lagi kefahaman golongan muda terhadap muamalah Islam, Bahagian Muamalah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) telah menganjurkan dua Kursus Muamalah Milenia, msing-masing di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Utara Malaysia (UUM), baru-baru ini.
Pengurus Kanan Bahagian Muamalah Yadim, Zam Zaril Mad Ariffin berkata, Kursus Muamalah Milenia di UMT telah diadakan pada 6 hingga 8 Oktober, manakala kursus di UUM pula diadakan pada 20 dan 21 September lalu.
“Program ini telah mendapat sambutan yang baik dan berjaya mencapai objektifnya iaitu untuk menyampaikan maklumat mengenai muamalah Islam kepada golongan muda terutamanya pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi,’’ katanya.
Jelasnya, pada program di UUM seramai 169 peserta telah hadir manakala 100 peserta hadir untuk program di UMT.
Beliau berkata, program ini bertujuan menyemarakkan budaya muamalah di dalam kalangan umat Islam khususnya para pelajar dan membantu melahirkan lebih ramai dai’e yang berpengetahuan dalam kewangan Islam.
Dalam kursus berkenaan, katanya, para peserta telah dibimbing oleh penceramah yang sememangnya terkenal dalam bidang masing-masing.
Antara penceramah iitu termasuk Pengasas dan Perunding Utama Hijrah Wealth Management Sdn. Bhd, Hajah Rohani Datuk Mohd Shahir, Dr.Azman Mohd Noor dari Institute Of Islamic Banking And Finance (IIiBF), Aiman Nawwar Mohd Radzi dari Bursa Malaysia Berhad dan Mohamed Hadi Abd Hamid dari Etiqa Takaful Berhad.
Anwar kukuhkan ‘silaturahim’ Malaysia-Mesir, tegaskan perjuangan demi Gaza
Di atas kertas, hubungan diplomatik Malaysia-Mesir mencapai usia 65 tahun sejak 10 November 1959, tetapi kunjungan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar
KOMEN