PUTRAJAYA 7 Nov. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sekali lagi menegaskan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) dan entiti-entiti berkaitannya tidak pernah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
Sehubungan itu, Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha menasihatkan umat Islam agar berwaspada terhadap isu-isu sensitif seperti murtad yang dibawa oleh entiti-entiti seperti IFC, Persatuan Melayu Kristian dan Pertubuhan Melayu Murtad.
Dalam masa sama, katanya, Jakim dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan terus bekerjasama untuk membendung umat Islam daripada terjebak dalam perkara-perkara yang bercanggah dengan Islam demi memelihara kesucian agama itu.
“Jakim telah membuat semakan sekali lagi dengan ROS dan Kementerian Dalam Negeri. Kedua-dua pihak tersebut mengesahkan bahawa dakwaan yang entiti-entiti tersebut telah berdaftar secara sah di bawah ROS adalah tidak benar.
“Jakim berpandangan isu seperti ini boleh menimbulkan kebimbangan dan keresahan masyarakat Islam serta menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Isu-isu sensitif berhubung murtad yang dibawa oleh IFC dan entiti-entiti berkaitan telah timbul beberapa tahun lalu dan sehingga kini ia berulang-ulang kali menjadi viral di media sosial.
Pada Oktober 2014, ROS telah mengeluarkan kenyataan bahawa IFC, Persatuan Melayu Murtad dan Persatuan Melayu Kristian tidak didaftarkan.
Othman seterusnya meminta umat Islam agar menyalurkan maklumat kepada Jakim dan jabatan-jabatan agama Islam negeri jika timbul sebarang keraguan atau kemusykilan terhadap sesuatu isu berkaitan demi menjaga keharmonian hidup masyarakat di negara ini. – https://www.utusan.com.my
GISBH: JAIS buka 141 kertas siasatan, serah pendakwaan kepada pendakwa raya syarie
SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan membuka 141 kertas siasatan berkait kes GISB Holdings (GISBH) di negeri ini. Pengarahnya, Datuk
KOMEN