Home » Langit Terbuka » Penang Institute enggan ulas tuduhan terima wang Soros

Penang Institute enggan ulas tuduhan terima wang Soros

GEORGETOWN, 4 Nov. – Badan pemikir dasar awam kerajaan Pulau Pinang, Penang Institute, enggan mengulas dakwaan laman DC Leaks yang mendakwa ia menerima dana daripada penyangak mata wang, George Soros.

Pengarah Eksekutifnya, Zairil Khir Johari berkata, beliau tidak menyedari mengenai dakwaan itu dan enggan mengulas tanpa mempunyai maklumat mengenai perkara tersebut.

“Oleh kerana ini kali pertama ia berlaku, saya tidak menyedarinya dan lebih baik saya tidak mengulas tanpa mempunyai maklumat mengenainya,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, semalam.

Bagaimanapun, Zairil, yang juga Anggota Parlimen DAP, berkata jika perlu institut itu akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan perkara tersebut dan mengeluarkan kenyataan rasmi.

Baru-baru ini, DC Leak mendakwa Open Society Foundation (OSF) yang dimiliki Soros menyalurkan dana kepada pertubuhan awam tempatan termasuk Bersih, C4 Malaysia, Pusat Kesedaran Komuniti (Empower), Penang Institute, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Jawatankuasa Pilihan Raya Bebas (Comfrel). –

Ia mendakwa OSF turut berusaha mempengaruhi pilihan raya negara ini menerusi program pergerakan pengundi mobiliti.

https://www.ismaweb.net/

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *