Home » Langit Terbuka » Pengusaha restoran tak tahu ais kiub perlu sijil halal

Pengusaha restoran tak tahu ais kiub perlu sijil halal

KEBANYAKAN pengusaha restoran tidak maklum akan status halal ais kiub yang dibeli daripada pengedar.

Tinjauan Sinar Harian mendapati pengusaha restoran mengakui tidak tahu bahawa ais kiub yang dijadikan bahan penyejuk dalam air minuman sebenarnya memerlukan sijil pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana selama ini menganggap ia sekadar air dibekukan.

Pengusaha restoran dan kafetaria MMY Yankeez, Jamaliah Baharudin berkata, dia tidak maklum bahawa ais kiub memerlukan sijil pengiktirafan halal.

“Jenama ais kiub dibekalkan juga tak pasti, apa yang saya tahu ada pembekal Melayu dari Klang hantar ais kiub ke premis saya setiap hari. Saya yakin ais kiub ni datangnya dari syarikat Muslim.

“Nanti dia datang esok, saya tanya halal ke tak. Tapi setakat ni, saya tengok ais kiub yang dihantar bersih dan pelanggan pun tak pernah merungut,” katanya.

Sementara itu, Faizal Abdullah yang mengusahakan Restoran Abra Maju juga memberikan reaksi sama.

“Saya tak pasti ais kiub yang dihantar halal ke tak. Harga sebungkus RM 3.50.

“Tapi setahu saya, pengusaha ais kiub ni Melayu Mamak, mungkin halal,” katanya.

Manakala pengusaha Restoran Mekong yang menyediakan makanan Vietnam, Roziah Zakaria berkata, bekalan ais kiub di restorannya dihantar pembekal dari Indonesia.

“Orang Indonesia hari-hari bagi kita ais, tak sangka ais kiub pun ada halal dan tak halal. Saya fi kir ia hanya air yang dibekukan, mesti semua halal,” katanya.

https://www.sinarharian.com.my/

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *