Home » Langit Terbuka » Konvensyen Mahasiswa I-Medik 2016 mahu perkasa kepentingan sukarelawan muslim

Konvensyen Mahasiswa I-Medik 2016 mahu perkasa kepentingan sukarelawan muslim

BANGI, 11 Okt. – Ikatan Pengamal Kesihatan dan Perubatan Muslim Malaysia (I-Medik) akan mengadakan Konvensyen Mahasiswa Perubatan Muslim Malaysia 2016 pada hari Sabtu, 15 Oktober ini.

Konvensyen bertemakan ‘Pemerkasaan Kesukarelawanan’ ini bakal diadakan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan UKM, Cheras bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

Pengarahnya, Imran Lutfi Mohammad Khir berkata, program yang dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar yang terlibat aktif bersama I-Medik ini ingin mengetengahkan kepentingan serta realiti penglibatan mahasiswa Muslim dalam kesukarelawanan dan aktiviti masyarakat.

Ianya bakal membahaskan mengenai isu semasa dan cabaran alam kerjaya graduan perubatan dan sains kesihatan serta perkaitannya di antara mahasiswa dan semangat kesukarelawanan.

Konvensyen ini akan disertai oleh beberapa tokoh perubatan negara seperti Pakar Perunding Bedah Ortopedik & Traumatology, Pusat Perubatan Kuantan, Dr Mohammad Nor Sundari, Psiakiatris/Pensyarah, Jabatan Psikiatri Kuliah Perubatan UIAM Kuantan, Prof Madya Dr Nora Mat Zin dan Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd Hanis Mohd Nor.

Turut serta dalam program ini juga adalah Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan, International Medical University (IMU), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin, Pengarah Program Perubatan, School of Medicine IMU, Prof Dr Azizi Ayob, Doktor Kesihatan Pekerjaan OHD (NIOSH), Dr Mohd Khairol Jambli dan Registrar Jabatan Psikiatri HUSM Kubang Kerian, Dr Rozanizam Zakaria.

Dalam pada itu, Imran berkata, program ini menyasarkan peserta dari kalangan mahasiswa sains kesihatan, perubatan, pergigian, kejururawatan dan lain-lain jurusan sains kesihatan bersekutu.

Bagi mereka yang berminat, pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian melalui https://bit/ly/kampusindividu atau https://bit.ly/kampuskelompok.

Setiap penyertaan hanya dikenakan yuran sebanyak RM30 sahaja, manakala penyertaan berkelompok seramai 5 orang akan dikenakan yuran sebanyak RM120 dan kelompok seramai 10 orang hanya dikenakan yuran sebanyak RM200.

Pembayaran boleh dilakukan pada akaun bank berikut: 5628 3463 5104 I-Medik (Maybank).

Untuk maklumat lanjut atau mempunyai sebarang pertanyaan untuk diajukan boleh mengubungi Muhd Khairullah di talian 011-1061 1809 atau pada alamat email kampusnasional@gmail.com.

-ISMAWEB

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *