KUALA LUMPUR, 7 Sept. – Beberapa individu yang dipercayai menjadi anasir kumpulan militan IS serta dilatih sebagai pengebom bunuh diri dilaporkan telah ditahan oleh Bahagian Antikeganasan Bukit Aman.
Penolong Pengarah Counter Terrorism, Cawangan Khas (E8), Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, polis sedang menangani isu itu berdasarkan risikan terbaru.
“Mereka terdiri daripada lapan rakyat Malaysia yang pulang dari Syria untuk melancarkan serangan bagi pihak kumpulan itu.
“Mereka cuba memasuki negara ini melalui pelbagai cara, cara biasa atau menggunakan laluan haram, tetapi berjaya diberkas polis yang memantau pergerakan itu.
“Dua daripadanya merancang menyerang Putrajaya manakala selebihnya mahu menyerang tempat pertemuan Freemason di Bukit Jalil dengan bahan letupan,” katanya lapor NST.
Beliau memaklumkan bahawa seorang remaja 18 tahun antara ditahan. Dia dikatakan mempunyai beratus-ratus jam pengalaman berlawan dengan rejim Syria.
Susulan tindakan keras Syria terhadap kumpulan pengganas, Ayob menjangkakan lebih ramai anggota IS akan pulang ke negara masing-masing, termasuk Malaysia.
Sumber : Ismaweb
KOMEN