BANGKOK, 31 Ogos – Thailand yang didominasi penduduk Buddha dilaporkan telah membuka sebuah hotel halal pertama November tahun lalu.
Hotel empat bintang, Al Meroz itu dibuka bertujuan untuk menarik pelancong Islam ke negara itu.
Al Meroz direka khas mengikut konsep masjid, dilengkapi dengan dua surau dan tiga restoran halal.
Pengurus hotel berkenaan, Sanya Saengboon berkata, Al Meroz dibuka dengan harapan dapat memberi tarikan kepada pelancong Islam termasuk dari aspek makanan halal.
“Ada sekitar 1.6 milion umat Islam di dunia. Hanya 1 peratus dari jumlah itu sudah cukup bagi hotel Al Meroz untuk berkembang,” katanya.
Salah seorang pelancong hotel itu mengakui Al Meroz memberi kemudahan kepada mereka ketika berada di negara itu.
Katanya, di Thailand makanan tidak halal terlalu banyak diperolehi, sedangkan makanan halal sukar untuk untuk dicari.
“Makanan halal tidak mudah didapat. Hotel ini sangat mudah dan menyenangkan. Ini adalah hotel halal pertama dan saya merasa ini luar biasa,” katanya. –Agensi
KOMEN