Home » Langit Terbuka » Tiga pasangan kekasih disebat di Acheh

Tiga pasangan kekasih disebat di Acheh

ACHEH, Rabu – Tiga pasangan kekasih yang mengaku melakukan kelakuan tidak sopan disebat di khalayak ramai di perkarangan Masjid Al Furqan di Beurawe Banda Acheh, semalam.

Mereka dijatuhkan hukuman sebat sebanyak 20 kali bersama pasangan masing-masing.

Jurucakap pihak berkuasa, Yusnardi berkata, kesemua mereka ditangkap melakukan kesalahan itu di beberapa lokasi di Banda Aceh.

“Susulan itu Mahkamah Syariah Banda Aceh mendapati mereka bersalah dan sebat adalah hukuman untuk mereka,” katanya.

Bagaimanapun dilaporkan salah seorang wanita berusia 21 tahun telah pengsan selepas disebat dan terpaksa dipapah petugas ke dalam masjid.

Selain itu terdapat lima lelaki lain turut dihukum sebat sebanyak lima kali selepas mengaku bersalah atas tuduhan berjudi.

Aceh merupakan wilayah di Indonesia yang menguatkuasakan undang-undang Syariah selepas diberi kuasa autonomi oleh Jakarta.- Agensi

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *