YANGON, Isnin – Golongan nasionalis Myanmar mengadakan tunjuk perasaan semalam bagi mendesak kerajaan menggunakan perkataan Benggali kepada komuniti Islam Rohingya di negara itu.
Tunjuk perasaan itu adalah salah satu tindakan golongan nasionalis yang bimbang sekiranya penduduk Rohingya mengambil alih negeri itu.
Bantahan seperti itu berkemungkinan akan diadakan sekali lagi di Yangon pada minggu hadapan.
Bagaimanapun sebelum ini, Kaunselor negara, Aung San Suu Kyi, pernah mencadangkan rakyat Myanmar untuk mengelak menggunakan istilah seperti ‘Rohingya’ atau ‘Benggali’ bagi menggambarkan komuniti itu sebaliknya merujuk mereka sebagai ‘penduduk Islam yang tinggal di negeri Rakhine.’
Beliau turut melarang pegawai menggunakan dua istilah berkenaan untuk merujuk kumpulan minoriti itu ketika lawatan oleh wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Dilaporkan kira-kira 1.5 juta penduduk Rohingya tinggal di negeri Rakhine dan dianggap pendatang haram, berhadapan sekatan pergerakan dan cuma dibenarkan menduduki kawasan tertentu yang kurang penjagaan kesihatan dan pendidikan. – Agensi
KOMEN