Home » Ensiklopedia » BERSEGERA MENUNAIKAN KEBAJIKAN

BERSEGERA MENUNAIKAN KEBAJIKAN

Amal kebajikan (amal soleh), meski berkonsekuensi pahala dan surga, tidak selalu melecut semangat setiap Muslim untuk melakukannya. Kerana berbagai hal – mungkin kerana malas, lalai, kesibukan mengejar dunia, godaan syaitan dan lain- lainnya maka amal kebajikan sering terlewatkan begitu sahaja. Padahal jika ada kemahuan, sesungguhnya banyak kesempatan dan waktu luang pada diri sendiri  setiap Muslim.

Banyak nas yang mendorong setiap Muslim untuk bersegera menunaikan amal kebajikan. Allah SWT berfirman dalam al- Quran bermaksud: “ Berlumba – lumbalah kamu dalam kebajikan.” (QS. al- Baqarah [2]; 148); Bersegeralah kamu meraih keampunan dari Tuhan kamu dan surga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang –orang yang bertakwa.”  (QS. Ali Imran [3]: 133).

Baginda Rasulullah saw, sebagaimana yang dituturkan Abu Hurairah ra, pernah bersabda   “ Bersegeralah kamu beramal sebelum datangnya fitnah, seperti potongan malam yang gelap; seseorang menjadi Mukmin saat pagi hari, tetapi kafir saat petang harinya, ia menjadi Mukmin saat petang hari, tetapi kafir saat pagi harinya; ia menjual agamanya demi meraih kecuali dunia.” (HR Muslim).

Rasulullah saw pun pernah bersabda, “Manfaatkanlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara yang lain: masa mudamu sebelum datangnya masa tuamu; keadaan sihatmu sebelum datangnya sakitmu; kecukupanmu sebelum datang kekuranganmu; waktu luangmu sebelum datangnya waktu sibukmu; hidupmu sebelum datang kematianmu.” Al Baihaqi, Syu’ab al- Iman VII/293; Ibn Abi Syaibah, al- Mushannaf. XIII/223; Ibn Hajar. As- Asqalani, Fath al- Bari, XI/235).

Dalam hadis lain Baginda Rasulullah saw bersabda sebagaimana dituturkan  oleh Abu Hurairah, “Bersegeralah kalian beramal sebelum datangnya tujuh perkara; tidaklah kamu menunggu – nunggu (untuk beramal) kecuali akan datang kekafiran yang kamu abaikan, atau kekayaan yang kamu banggakan; atau sakit yang mengganggu (badan dan fikiran); atau masa tua yang mendatangkan kepikunan; atau kematian yang tiba- tiba; atau keluarnya dajjal; atau datangnya hari kiamat.” 9HR at- Tarmizi).

Para sahabat adalah orang –orang yang sangat memahami sabda Baginda Rasulullah saw di atas. Mereka tidak pernah menunda – nunda amal kebajikan, mereka tidak pernah mengsia – siakan kesempatan untuk beramal soleh. Berkaitan dengan hal itu, ada riwayat menyebut bahawa saat perang Uhud seorang sahabat pernah bertanya kepada Baginda Rasulullah saw, ‘Bagaimana pendapatmu jika aku terbunuh, di mana tempat (kedudukan)-ku?” Beliau menjawab, “Di surga.” Mendengar itu, sahabat itu seketika melemparkan buah kurma yang ada di tangannya (saat itu dia sedang makan buah kurma,pen) lau dia segera lari ke medan perang hingga akhirnya dia terbubuh sebagai syahid.” (Mutaffaq ‘alayh).

Dalam riwayat lain desebutkan, beberapa saat menjelang perang Khaibar, Baginda Rasulullah saw, sebagaimana dituturkan Suhail bin Saad, bersabda kepada para sahabat, ‘Besok, bendera ini benar – benar akan aku berikan kepada orang yang lewat kedua tangannya Allah SWT memberikan kemenangan; ia mencintai Allah dan Rasul- Nya, Allah dan Rasul-Nya pun mencintai dirinya.”

Pada malam harinya, tutur Suhail, para sahabat bertanya –tanya dalam hatinya masing –masing, siapakah gerangan orang yang akan deserahi bendera Rasul itu? Kerana itu, keesokan harinya masing –masing bersegera dan berlumba-lumba menemui Rasulullah saw; masing –masing berharap bahawa bendera itu akan Rasul berikan kepada mereka.m saat mereka sudah berada di hadapan Rasul, beliau bertanya, “Mana Ali?” “Wahai Rasulullah, mata Ali sakit,” jawab para sahabat.

Baginda rasulullah saw lau mengirim utusan untuk memanggil Ali bin Abi Talib ra. Setelah Ali hadir di hadapan beliau, beliau segera meludahi kedua mata Ali seraya berdoa kepada Allah SWTagar  diberi kesembuhan. Dengan izin Allah SWT, seketika mata Ali pun sembuh, seakan- akan sebelumnya. Baginda Rasulullah saw lalu segera menyerahkan bendera itu kepada Ali ra. Ali berkata, “Wahai Rasulullah saw, aku akan memerangi mereka hingga mereka menjadi seperti kita.”

‘Pergilah engkau hingga tiba di tempat mereka. Kemudian serulah mereka untuk masuk Islam. Beritahulah kepada mereka hak – hak Allah SWT yang harus mereka tunaikan. Demi Allah, andaikan Allah SWT memberikan hidayah kepada seseorang  melalui dirimu, itu lebih baik bagimu daripada engkau memiliki keldai yang bagus.” (HR al- Bukhari danMuslim).

Demikianlah tauladan para sahabat. Mereka bukan sahaja tangkas dalam mengambil setiap peluang yang memungkinkan dirinya boleh beramal soleh. Mereka juga bahkan, sentiasa menunggu –nunggu datangnya kesempatan untuk menunaikan ragam amal kebajikan itu. Mudah –mudahan kita pun boleh seperti mereka. Ameen…

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *