Home » Resensi » Sistem pusaka Islam

Sistem pusaka Islam

TAJUK : Sistem Pusaka Islam

PENERBIT : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

PENULIS : Abdul Kadir Ismail.

BIL HALAMAN : 274 muka surat

HARGA : RM32.00

Buku `Sistem Pusaka Islam’ adalah sebuah buku yang mengetengahkan ilmu faraid Islam. Buku ini diterbitkan atas kesedaran betapa perlunya seseorang Muslim itu mengetahui ilmu faraid demi untuk memelihara umat Islam daripada melakukan kesilapan dalam pembahagian harta pusaka dan mengelakkan mereka memakan harta antara satu sama lain secara batil dan tidak benar.

Buku ini amat bersesuaian dengan pelajar-pelajar di peringkat pengajian tinggi, golongan ilmuwan Islam dan guru-guru agama dengan harapan agar dapat menjadi salah satu daripada bahan bacaan dan pelajaran serta rujukan mengenai ilmu pusaka.

Buku ini dibahagiakan kepada beberapa bab. Bab pertama menyentuh secara ringkas mengenai pandangan am atau sejarah mengenai sistem pusaka di luar Islam dengan tujuan membuat perbandingan dan membuktikan bahawa sistem pusaka Islam adalah suatu sistem yang sangat lengkap, adil dan tidak ada tolok bandingnya.

Ini juga membuktikan Islam adalah suatu sistem yang memberi jaminan hak menurut keadaan dan kelayakan masing-masing dengan tida menyingkirkan seseorang waris itu daripada menerima pusaka kerana semata-mata perempuan dan kelemahannya.

Malahan apa yang dititikberatkan ialah taraf dan kedudukan serta hubungan dengan si mati selagi tidak ada sesuatu yang menegahnya daripada menerima harta pusaka.

Dalam beberapa bab yang berikutnya, penulis cuba membawa dan menerangkan seberapa jelas akan kedudukan sistem pusaka di dalam Islam dengan membawa pendapat-pendapat ulama dan dalil-dalil mereka di tempat-tempat yang ada khilaf dengan membuat penegahan khas dalam mazhab Syafie yang menjadi mazhab yang diikuti oleh sebahagian besar daripada umat Islam di Malaysia.

Selain itu, dibincangkan juga persoalan semasa dan juga masalah-masalah yang berkaitan dengan pusaka serta cara-cara penyelesaian dengan huraian yang mendalam. Buku ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua, khususnya masyarakat Islam di negara ini. – MAJALAH DAKWAH

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *