Home » Langit Terbuka » Jokowi serah jawatan penting kepada Kristian

Jokowi serah jawatan penting kepada Kristian

JAKARTA – Tindakan Presiden Indonesia, Joko Widodo, menyerahkan beberapa jawatan penting negara kepada Kristian, mencetus kebimbangan kumpulan Islam di negara itu.

Di media sosial, kebimbangan itu mula disuarakan dengan menyenaraikan sebahagian tokoh Kristian yang telah dilantik Jokowi dalam kabinetnya.

Antaranya, Luhut Binsar Panjaitan yang dilantik sebagai Kepala Staf Kepresidenan, Kolonel Inf. Maruli Simanjuntak (Komandan Grup A Paspampres), Sofyan Wanandi @ Liem Bian Koen (Kepala Team Ahli Wakil Presiden), Andi Wijayanto (Setiausaha Kabinet), Rusdi Kirana (Anggota Dewan Pertimbangan Presiden), dan Franky Sibarani (Kepala Badan Koordinasi Penanaman Modal).

Dakwaan bahawa Jokowi ‘agen’ Cina sudah mula kedengaran sejak kempen Pilihan Raya Presiden Indonesia Julai tahun lalu lagi.

Malah, ada sebahagian musuh politik Jokowi menuduh beliau sebenarnya seorang Cina yang beragama Kristian, namun dinafikan pusat kempen presiden itu.

Hubungan rapat beliau dengan kongmerat Cina Indonesia, James Riyadi, individu yang sentiasa membayangi kempennya, juga menimbulkan kebimbangan bahawa pentadbiran Jokowi ‘dikawal’ Kristian Evangelis.

Ini kerana, James Riyadi terkenal sebagai tokoh gerakan kristianisasi yang mendapat dana dari luar negara.

Turut dikaitkan, tindakan Jokowi menghantar anak bongsunya ke Anglo-Chinese School (ACS) Singapura, iaitu sebuah sekolah Kristian yang mempunyai misi melahirkan pemikir agama itu.

Beberapa web anti-Jokowi, seperti duniamuallaf, dan voa-islam.com memuatkan banyak artikel menyentuh kebimbangan penguasaan Kristian di bawah Jokowi.

Mereka mendakwa, kejadian murtad semakin berleluasa di bawah perintahan Jokowi khususnya di daerah Acheh dan Solo.

Selain itu, web Kompas Islam pula mendakwa gerakan kristianisasi semakin berani bergerak secara terang-terangan menyebarkan dakyah kepada orang Islam.

Laporan web itu menyebut, kawasan sasaran bagi gerakan itu adalah di Makasar Sulawesi Selatan dan Solo Jawa Tengah.

“Modus operandi yang dilakukan para misionari Kristian ini dengan membahagikan buku kecil di tepi jalanan Makasar,” dakwanya dalam satu artikel bertajuk “Rezim PDIP-Jokowi Berkuasa, Kristenisasi Semakin Terang-Terangan dan Merajalela”.

Sumber daripada www.ismaweb.net

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *