Home » Citra Yadim » Simposium Muamalah Islam

Simposium Muamalah Islam

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Dalam usaha untuk memberi kefahaman dan kesedaran kepada umat Islam berkenaan sistem kewangan Islam dengan secara mendalam, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia meneruskan lagi Simposium Muamalah Islam edisi 2015.

Simposium yang dianjurkan di Grand Ballroom, Menara FELDA ini merupakan siri pertama dengan kerjasama Yadim dan FELDA.

Dalam simposium tersebut, empat orang pembentang kertas kerja telah membincangkan empat modul yang berbeza. Modul 1 dengan tajuk Perbankan Islam: Kejar Untung atau Pelopor Kebajikan telah disampaikan oleh Ustaz Nazri Chik, Bank Islam Malaysia Berhad.

Modul 2 pula mengetengahkan tajuk Takaful : Payung Warisan Anda, disampaikan  oleh Ustaz Mohd. Hafizal Elias dari Great Eastern Takaful Berhad.

Manakal modul 3 dengan tajuk Pelaburan Patuh Syariah: Bijak Mengatur, Senang Kemudian, dikupas oleh Dr. Zaharuddin Abd.Rahman, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysiayang juga merangkap Felo Dakwah Yadim.

Bagi slot keempat, Puan Hajah Rohani Dato’ Shahir dari Hijrah Strategi Advisory Group Sdn.Bhd membentangkan kertas kerja mengenai Pengurusan Hutang.

Majlis yang dihadiri oleh lebih kurang 200 peserta itu dirasmikan oleh Datuk Hanapi bin Suhada, Pemangku Pengarah Besar FELDA.

Turut hadir adalah Timbalan Yang Dipertua Yadim, Dr Yusri bin Mohamad dan Dato’ Supiah Md Yusof, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yadim.Dr Yusri bin Mohamad

Menurut Pengurus Eksekutif Muamalat, Puan Hajah Sita Dini A. Samad, pada tahun ini Yadim akan menyasarkan penyertaan yang lebih meluas berbanding pada tahun lalu. Pada tahun ini, Program Celik Muamalah yang dipakejkan dengan simposium dan kembara tazkirah akan ditambah dengan Kursus Pendakwah Kewangan Islam dan video Celik Muamalah.

Maklumat lanjut berkaitan program tersebut akan dimaklumkan di laman web, facebook dan twitter Yadim kelak.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *