GUA MUSANG, 7 Januari – Sukarelawan Al-Falah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Negeri Sembilan dan Pusat telah menggerakkan Misi Bantuan Kemanusiaan Bencana Banjir ke Gua Musang bermula 5 hingga 7 Januari.
Misi yang melibatkan 38 orang sukarelawan tersebut telah menjalankan kerja-kerja pembersihan dan penyerahan sumbangan kepada penduduk setempat di sekitar Gua Musang. Menurut salah seorang sukarelawan yang terlibat, mereka mengalami kesukaran untuk membersihkan lumpur yang tebal kerana kekurangan bekalan air. Walau bagaimanapun, kerja-kerja pembersihan dapat dilaksanakan sebaiknya dengan semangat kerjasama yang tinggi di kalangan mereka.
Yang Dipertua YADIM, Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerima sumbangan daripada wakil Sukarelawan Negeri Sembilan untuk disampaikan kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat.
KOMEN