Home » Persuasif » 3 “golden rules” untuk raih kejayaan

3 “golden rules” untuk raih kejayaan

Kaum wanita sudah pastinya mendambakan kejayaan dalam pelbagai bidang yang diceburinya. Contohnya, berjaya sebagai usahawan, berjaya dalam karier dan juga berjaya sebagai ibu bekerjaya. Menurut Life Coach Malti Bhojwani, sebenarnya setiap wanita mampu menseimbangkan kehidupan antara keluarga dan kerjaya.

“Ramai pelanggan wanita saya yang mengalami masalah ketidakseimbangan hidup. Sedangkan sebenarnya ada tiga “golden rules” yang harus diteliti untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.

1. Anda tidak perlu jadi sempurna.

Tidak ada seorang manusia di muka bumi ini yang mampu melakukan setiap perkara dengan sempurna. Cuma yang kita boleh lakukan adalah dengan berusaha melaksanakan setiap tugas sama ada di rumah mahupun di pejabat dengan sebaik mungkin. Malti berkata, mahu menjadi seorang yang sempurna juga boleh menyebabkan kita semakin jauh daripada kejayaan. Malah, kita akan berhadapan dengan kesulitan dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan. Selain, kita akan dilabel sebagai seorang yang menjengkelkan kerana terlalu cerewet dan suka mengomel.

“Untuk menyelesaikan semua tugasan, eloklah kita membahagi-bahagikan tugas tersebut dengan orang lain, kata Malti lagi. Pembahagian tugasan ini mampu meringankan beban dan menjadikan tugas lebih ringan dan selesai dengan sebaiknya.

Anda boleh menyerahkan tugas-tugas anda seperti memasak, membersihkan rumah, membantu anak menyiapkan kerja sekolah atau menghantar anak ke sekolah kepada suami anda. Begitu juga di pejabat, dengan membahagi-bahagikan tugas anda seperti menyiapkan laporan, pembentangan kepada pembantu ataupun rakan sekerja.

Tidak salah sebenarnya untuk saling berbahagi tugasan dalam sesebuah bahagian. Cuma anda perlu memperuntukkan masa untuk mengajar mereka melakukannya dengan baik.

 

2. “Tidak” itu bukan penamat

Tidak ada orang yang senang dengan penolakan daripada orang lain. Namun belajarlah untuk memahami bahawa sebenarnya ada perkataan “ya” untuk perkara yang lain. Walaupun, orang lain menolak idea anda, anda harus berfikiran positif dan melihat itu bukan penamat kepada cetusan idea yang akan datang. Mungkin idea tersebut boleh digunapakai untuk projek seterusnya.

 Sebagai seorang wanita yang mahu berjaya, anda harus bertelinga tebal dan berani mendengar perkataan “tidak”. Sikap ini akan melatih profesionalisme anda sebagai seorang pekerja. Ini juga memotivasikan anda untuk memiliki sifat tidak mudah menyerah kalah untuk berjaya.

Katakan kepada diri sendiri, “Saya mempunyai prinsip – ketika idea saya ditolak, saya membiasakan diri untuk mendengar orang lain dan menerima kegagalan. Dengan itu, saya semakin hampir dengan kejayaan.”

3. Jangan lupakan “I hour”

Tidak mudah sebenarnya melakukan 2 peranan dalam sesuatu masa. Untuk itu, anda memerlukan waktu untuk memanjakan diri. Jangan anggap remeh ungkapan me time atau I hour ini. I hour ini merupakan waktu diri sendiri untuk mengecas bateri badan dan menyegarkan kembali mental dan spiritual. Sebaiknya cuba sisihkan beberapa jam setiap pagi sebelum memulakan apa-apa aktiviti untuk I hour ini.

I hour ini seperti vitamin yang akan membuat anda bertenaga dan bersiap sedia menghadapi hari tersebut. Jadikan I hour ini sebagai rutin seperti rutin memberus gigi,” kata Malti lagi.

Sebagai contoh, Chairwoman produk Kosmetik Avon, Andrea Jung, selalu menikmati I hournya setiap hari dengan bangun pada pukul 5 pagi lalu pergi ke gim dan mula berada di pejabat pada pukul 8 pagi. Manakala Anna Wintour, ketua redaksi majalah Vogue selalu menikmati masa lapangnya dengan bermain tenis setiap pukul 6 sebelum ke tempat kerja. Michelle Gass pula menggunakan I hournya dengan bangun pada pukul 4.30 pagi dan berjalan-jalan di sekeliling rumahnya.

Setiap wanita mengimpikan kejayaan. Kejayaan yang mahu diraih bukan sekadar datang daripada usaha yang bersungguh-sungguh tetapi juga didorong oleh persekitaran yang sihat, keluarga yang bahagia dan ketenangan dalam melaksanakan setiap tugasan. Tips yang diberikan di atas boleh cuba dipraktikkan. Namun, sebagai seorang muslimah, antara aktiviti I hour yang boleh dipraktikkan, contohnya dengan membaca al-Quran dan terjemahan setiap hari sebelum memulakan tugasan atau mengalunkan zikir asmaul husna sepanjang pemanduan ke tempat kerja.

Selamat mencuba dan berusaha.

Suntingan oleh editor daripada sumber kompas.com

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *