Home » Langit Terbuka » 90 peratus rakyat M’sia tiada simpanan mencukupi untuk usia persaraan – Khairy

90 peratus rakyat M’sia tiada simpanan mencukupi untuk usia persaraan – Khairy

KUALA LUMPUR 26 Jan. – Statistik yang menunjukkan 90 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menampung kehidupan sederhana (simple lifestyle) selepas lima tahun usia persaraan sangat membimbangkan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Katanya lagi, data daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menunjukkan majoriti pemegang akaun hanya mempunyai simpanan sebanyak RM50,000 sahaja.

Khairy berkata, isu simpanan untuk hadapi usia persaraan mempunyai implikasi kerana Malaysia bakal menghadapi situasi penuaan masyarakat (ageing society) di mana menjelang 2035, negara ini akan mempunyai lebih banyak individu berusia 65 tahun ke atas berbanding 15 tahun ke bawah.

“Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), jangka hayat manusia dijangka meningkat ke umur 80 tahun secara global, dan di sini (Malaysia) mungkin sampai 90 tahun. Ramai orang masih aktif ketika di umur 90 tahun hari ini, terutamanya dalam politik. Jadi ini akan menimbulkan isu.

“Tetapi apa yang kita melihat hari ini adalah jangka hayat meningkat, dan juga kita akan jadi masyarakat lebih tua atau penuaan masyarakat, tetapi dari segi persediaan kita untuk hadapi senario tersebut, saya sangat bimbang,” katanya ketika berucap di majlis Transformasi Nasional 2050 – Private Retirement Scheme (TN50-PRS) Youth Event, di Bangunan Suruhjaya Sekuriti (SC), di sini hari ini. – ASTRO AWANI

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *