TELOK PANGLIMA GARANG – Sebanyak lapan buah tadika di sini menerima sumbangan naskhah kitab Iqra’ daripada Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat pada 2 November.
Para penerima terdiri daripada tiga
tiga buah Tadika KEMAS,tiga buah Tadika PASTI dan 2 buah tadika swasta.
Tadika berkenaan masing-masing terletak di Kampung Sijangkang, Kampung Kebun Bharu,Taman Pahlawan dan Taman Desawira di sini.
Sumbangan ini jelas menceriakan para pelajar dan guru guru tadika berkenaan.
Hadir ke program ini ialah Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan ahli jawatankuasanya.
Sebelum ini, mualaf Orang Asli dan rumah anak anak yatim juga menerima sumbangan naskhah Iqra’ dari SAY Kuala Langat.
KOMEN