Home » Langit Terbuka » 8 peserta Manhajj Mutawwif diperkenal

8 peserta Manhajj Mutawwif diperkenal

Para peserta Manhajj Mutawwif diperkenalkan dalam satu majlis. Foto : Utusan

KUALA LUMPUR 1 Mac – Lapan peserta bagi rancangan realiti televisyen terbaharu, ‘Manhajj Mutawwif’ yang akan disiarkan di Astro Oasis bermula 15 Mac ini diperkenalkan dalam satu sidang akhbar di Restoran Ikhwan Bukit Bintang, di sini hari ini.

Mereka ialah Wan Mohd. Taufik Wan Marzuki, 27; Zeinal Abidin Abdul Hakam, 27; Ahmad Syafik Samat, 35; Muhammad Mustakim Abd. Rahim, 29; Muhammad Syafiq Abdul Rashid, 28; Muhammad Hazim Radzi, 26; Faris Aiman Suliman, 19 dan Raja Muhammad Hafiz Raja Mohd. Saleh, 28.

Penerbitnya, Abdul Halim Ikhsan berkata, program yang berunsur dakwah itu akan mengangkat profesion sebagai mutawwif agar lebih dikenali serta dihargai masyarakat.

“Mutawwif merupakan satu pekerjaan yang mulia di sisi Islam di mana mereka bertindak sebagai pemimpin umat Islam ketika mengerjakan ibadah haji dan umrah.

“Tapi sayangnya peranan dan pengetahuan masyarakat terhadap pekerjaan ini masih kurang. Harapan saya melalui rancangan ini mutawwif akan lebih dikenali,” katanya ketika sidang akhbar berkenaan.

Program selama satu jam setengah itu menampilkan Shuib Sepahtu dan Amin Idris sebagai pengacara. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *