CHINI – Terjejas pendapatan kerana tidak dapat kerja lebih masa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, sedang gaji asas tidak mencukupi.
Ada pula suami yang bekerja sendiri dan kekurangan dana untuk mengubati anak yang mengidap sakit buah pinggang….
Banyak lagi aduan pemohon sumbangan yang tidak dapat untuk dikongsikan semuanya…
Itulah antara keluhan dan luahan para pemohon sumbangan yang disantuni oleh pihak YADIM Negeri Pahang pada 12 Ogos.
Seramai lapan keluarga menerima bantuan pek makanan asas musa’adah YADIM. Sebahagiannya turut menerima bersama lampin pakai buang dan susu formula.
Para penerima adalah warga penduduk Felda Chini, Kampung Paloh Hinai, Felda Lepar Hilir 2 dan 3.
Semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung penerima.
KOMEN