LENSA Program U-Need Sukarelawan YADIM (SAY) Johor Bahru pada 14 Februari di ibu pejabat YADIM Johor bersama kepimpinan badan dakwah ini.
Pertemuan ringkas tapi cukup bermakna antara Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Encik Muhamad Faisal Abdul Aziz dan Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita, Encik Ahmad Saparudin Yusup dengan wakil-wakil SAY Johor Bahru.
Antara yang dibincangkan termasuklah cadangan pelaksanaan program Sehari Bersama Komuniti Madani, menambah ahli serta menggiatkan lagi program SAY di Johor Bahru.
Pengarah YADIM Johor, Encik Muhamad Ammar Abdullah hadir sama dalam pertemuan ini.
Walaupun dengan makluman singkat dan pada sebelah malam, SAY Johor Bahru tetap menunjukkan komitmen untuk hadir dan memberi buah pandangan, tahniah diucapkan.
KOMEN