SAMBUTAN Kemerdekaan Negara turut disemarakkan Sukarelawan YADIM (SAY) Sabak Bernam pada 31 Ogos.
Bukan sekadar mengibar bendera dan berarak, beberapa pengisian lain seperti pertandingan memanah, pertandingan busana merdeka, pertandingan mewarna kanak kanak, pertandingan menghias pulut kuning, deklamasi sajak serta sesi Kenali Ubat Anda diadakan.
Sesuai dengan konsep kerjasama, program di Pusat Latihan Sukan Memanah Dan Berkuda (PLASMA) ini mendapat tajaan syarikat Secret Garden yang menaja hadiah pertandingan mewarna kanak-kanak manakala Hospital Sabak Bernam terlibat untuk sesi Kenali Ubat Anda.
Pengerusi SAY Sabak Bernam, Puan Hasnah Johari sendiri memberi penerangan kepada hadirin dalam sesi Kenali Ubat Anda.
Majlis penyampaian hadiah dan cenderahati telah dimulakan dengan ucapan daripada wakil YADIM Selangor, Encik Muhamad Najmi Mohd Salihin sebelum ucapan Puan Hasnah Johari.
Hadiah untuk peserta pertandingan disampaikan Encik Muhamad Najmi yang juga menyampaikan kotak sumbangan kepada beberapa penerima yang dikenalpasti memerlukan.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *