Home » Citra Yadim » Kunjungan Hormat YADIM kepada JAIS

Kunjungan Hormat YADIM kepada JAIS

BERTUJUAN Mengukuhkan lagi hubungan sedia ada, YADIM pada 16 Ogos telah mengadakan kunjungan hormat kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), selain untuk meneroka lebih banyak peluang kerjasama dengan pihak berkuasa agama negeri Selangor itu.
Timbalan Pengarah Operasi JAIS Puan Salwana Ahmad Dahlan, yang mewakili Pengarah JAIS dalam pertemuan ini mengalu alukan kehadiran YADIM dan menyambut baik hasrat YADIM untuk mengeratkan lagi kerjasama dengan pihaknya.
Beliau turut bersetuju supaya usaha dakwah yang dijalankan kedua pihak sentiasa ditambah baik bukan sahaja bagi memastikan ia sampai kepada golongan sasaran, tetapi juga untuk manfaat semua.
Dalam pertemuan ini, YADIM juga dijemput menghantar sukarelawannya untuk terlibat dengan program dengan komuniti pesakit HIV, pusat mualaf, rumah perlindungan warga tua dan anak-anak yatim.
Dalam pertemuan ini, JAIS juga membuka ruang bagi para Du’at atau Zamalah YADIM memohon tauliah secara dalam talian yang baru diperkenalkan sekaligus menawarkan kursus tatacara permohonannya.
Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin menyambut baik jemputan JAIS dan berharap hubungan baik antara JAIS dengan pihaknya bukan sahaja berkekalan, malah akan membuka lebih banyak ruang kerjasama pada masa akan datang.
Ujarnya lagi, kerjasama dalam bidang segi pendidikan, kebajikan dan sosial yang kini dilaksanakan YADIM sudah pasti dapat memberi manfaat bersama kedua pihak.
Hadir sama dalam pertemuan ini ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIS, Puan Sabariah Salleh, Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Encik Ahmad Saparudin Yusup, Penyelaras YADIM Selangor, Encik Mohammad Izzuddin Mohamad Ares, Penolong Pengarah Bahagian Media dan Teknologi Dakwah, Puteri Balqis Alias dan Penolong Pegawai YADIM Selangor, Encik Muhammad Najmi Mohd Solihin.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *