MELESTARI Gerakan dakwah dilaksanakan secara bersama dengan rakan rakan strategik seluruh negara. YADIM sentiasa mengalu alukan hasrat pihak yang ingin bekerjasama dengan kami.
Pada 17 Mei, YADIM dikunjungi Pertubuhan Suara Kebajikan Rakyat Aman (SUARA) yang berhasrat untuk bersama badan dakwah ini untuk memberi penerangan dan mengukuhkan kefahaman masyarakat mengenai Aspirasi Malaysia Madani.
Kedatangan SUARA ke YADIM disambut oleh Timbalan Yang Dipertuanya, Profesor Madya Dr. Adi Anuar Azmin.
Menurut SUARA program berkenaan dicadangkan untuk dilaksanakan menggunakan peranan golongan agamawan, sesuai dengan gerak kerja dan peranan YADIM.
Hadir mewakili SUARA ialah Pengerusinya, Dato’ Hadzir Md. Zain dan kepimpinan badan bukan kerajaan ini.
KOMEN