MARANG- Sempena sambutan bulan kemerdekaan ketika ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu bersama rakan strategiknya menerusi Program Semarak Dakwah Merdeka, telah mengedarkan lebih 500 bendera jalur gemilang kepada orang awam pada 14 Ogos
Program santai ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Belia Sukan Negeri Terengganu (JBS), Urusetia Belia Sukan Dan Badan Buka Kerajaan Negeri Terengganu (UBSNT), Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS), Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) serta RTM Terengganu di persimpangan Bandar Marang di sini pada 14 Ogos.
Pengarah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saidin bersama 10 orang ahli Sukarelawan YADIM Marang yang turut serta, melekatkan lebih 500 bendera Jalur Gemilang pada kenderaan awam yang melalui kawasan tersebut mengikut SOP yang telah ditetapkan dengan bantuan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Marang.
Turut hadir ke program ini ialah Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Supritendan Mat Zin Mat Derih dan Pegawai Daerah Marang, Haji Lizan Che Mat.
KOMEN