KOTA KUALA MUDA – Pandemik Covid-19 yang berlarutan menyebabkan ramai kehilangan pekerjaan dan kekurangan pendapatan, termasuklah golongan nelayan.

Prihatin dengan nasib mereka, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Sungai Petani pada 15 Julai turun padang menyantuni komuniti nelayan di Kampung Padang Sungai Yu di sini.

Sebanyak 15 keluarga nelayan menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada SAY Sungai Petani. Turut disantuni ialah keluarga yang mengandungi pesakit kronik di Kampung Sungai Deraka dan Kampung Padang Limau.

Program ini dihadiri Pengerusi SAY Sungai Petani, Basor Harun, wakil penduduk nelayan, Badri Saad serta aktivis tempatan sekitar kawasan ini selain kakitangan YADIM Kedah.

 

Artikel Berkaitan

‘Tahniah Dr Sirajuddin’ – Anwar

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *