Home » Langit Terbuka » 61 hari hafal 30 juzuk

61 hari hafal 30 juzuk

Teknik OPOCOT Cepatnya Menghafal bukan saja menekankan menghafal, malah menghayati dan memahami isi kandungan dan jalan penceritaan ayat yang dibaca seterusnya mentadabbur ayat itu sebelum menterjemahkan kepada kehidupan termasuk nilai murni, kata Muhammad Syukri Abdullah yang mencipta teknik berkenaan. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR – Kejayaan  menghafal 30 juzuk dalam tempoh 61 hari, mencetuskan idea kepada Muhammad Syukri Abdullah, 20, berkongsi rahsia berkenaan menerusi penganjuran program OPOCOT Cepatnya Menghafal untuk penuntut di Mesir.

Penuntut tahun satu Dirasat Islamiah Wal Arabiah, Universiti Al-Azhar itu mendedahkan, dia tidak pernah mendapat pendedahan menghafal al-Quran secara mahir sebelum ini.

Kata Muhammad Syukri, segalanya bermula apabila dia menyertai sebuah program anjuran Pusat Tahfiz Integrasi An Nur (PTI) yang diasaskan Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM).

“Jujurnya dulu saya tidak pandai menghafal melainkan hanya juzuk ke-30 ketika bersekolah rendah dan sedikit surah pilihan di sekolah menengah.

“Bagaimanapun, berkat kesungguhan mempraktikkan teknik gabungan konsep tadabbur (mengkaji) dan bayangan ketika menyertai program PTI An Nur 1.0 di Manjung, Perak, tahun lalu, amat membantu meningkatkan kemahiran menghafal saya dalam masa singkat.

Teknik ini bukan saja menekankan kita menghafal, malah menghayati dan memahami isi kandungan dan jalan penceritaan ayat yang dibaca seterusnya mentadabbur ayat itu sebelum menterjemahkan kepada kehidupan termasuk nilai murni.

“Alhamdulillah teknik ini membuatkan saya mudah ingat dan dalam tempoh 61 hari saja, saya berjaya menghafal 30 juzuk,” katanya.

Menurutnya, selepas kejayaan itu, timbul idea berkongsi teknik berkenaan kepada penuntut Universiti Al-Azhar melalui penganjuran program OPOCOT Cepatnya Menghafal dengan kerjasama YDKMM Cawangan Mesir.

“Secara umumnya, pelajar Universiti Al-Azhar yang datang dari negara selain Mesir, wajib menghafal satu juzuk al-Quran setiap tahun dan terdapat silibus pelajaran subjek al-Quran ditetapkan di setiap fakulti.

Namun, terdapat sebahagian daripada pelajar masih lagi tidak mampu lulus kerana tidak melakukan persiapan sebaiknya dalam subjek berkenaan.

“Oleh itu, tujuan program ini dianjurkan juga sebenarnya mahu membantu pelajar mendapatkan cemerlang tertinggi dalam subjek itu pada peperiksaan semester dua,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, program itu bukan saja dikhususkan untuk penuntut Universiti Al-Azhar saja, malah mereka turut membuka ruang kepada penuntut perubatan, pergigian dan Maahad Buuth untuk menyertainya.

“Program yang memasuki siri ketiga sejak dijalankan kali pertama Januari lalu sudah berjaya mendidik lebih 100 pelajar dan mahasiswa Mesir menggunakan teknik sama.

“Ia adalah program menghafal dua juzuk al-Quran selama 15 hari Apa yang memberangsangkan, ada pelajar mampu menghafal satu muka surat selama lima minit saja, malah ramai mencapai sasaran satu juzuk dalam tempoh 10 hari saja,” katanya.

Muhammad Syukri, dia berharap inisiatif program itu akan menjadi platform melahirkan huffaz profesional dan berkualiti yang memberi manfaat kepada masyarakat sejagat. – Harian Metro

Artikel Berkaitan

RUU Mufti bukan sesuatu yang baru dan radikal

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 bukanlah akta atau undang-undang baharu dan radikal. Mantan Ketua Hakim Negara Tun Abdul

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *