KOTA BHARU 15 April – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Cawangan Kelantan telah mengadakan program Forum Perdana Ehwal Islam pada 13 APRIL lalu bertempat di Masjid Binjal Mutaab, Pasir Mas, Kelantan.
Pengurus Eksekutif YADIM Zon Timur, Mahadi Awang berkata, pada program itu seramai 600 orang telah hadir yang terdiri daripada penduduk di sekitar masjid berkenaan serta pelajar-pelajar Kolej Poly-Tech Mara Kota Bharu.
“Program ini antara lain bertujuan membincangkan serta mengupas isu-isu semasa terutamanya yang berkaitan dengan perpaduan dan ukhuwah islamiah yang sangat penting untuk difahami oleh setiap anggota masyarakat,’’ katanya.
Beliau berkata, program ini juga adalah bagi membolehkan para hadiri menghayati konsep persaudaraan yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW dan seterusnya melahirkan sebuah peradaban manusia yang unggul.
Dalam program itu katanya, ahli-ahli panel terdiri daripada Pegawai Pembangunan Islam JPPK, Abdul Aziz Yahya dan penceramah bebas, Mohib Kouli manakala dikendalikan oleh Pensyarah Kolej Teknologi Darul Naim, Ustaz Wan Mohd Silmi Hamzah selaku moderator.
MIHAS@Dubai serlah kepimpinan, kepakaran Malaysia dalam industri halal ke pasaran global
DUBAI: Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Dubai akan menyerlahkan kepimpinan dan kepakaran Malaysia dalam industri halal kepada khalayak global. Pengerusi Perbadanan
KOMEN