Home » Langit Terbuka » 6 anggota ‘Al Ansar Imam Mahdi’ dibebaskan

6 anggota ‘Al Ansar Imam Mahdi’ dibebaskan

MELAKA, 21 Nov. – Mahkamah Tinggi Syariah membebaskan 16 anggota kumpulan ‘Al Ansar Imam Mahdi’, termasuk ketuanya dengan jaminan RM1,500 setiap seorang.

Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Rahimin Bani berkata,semua individu berkenaan yang berusia antara 19 hingga 54 tahun dibenarkan untuk diikat jamin tetapi akan dipanggil semula untuk perbicaraan kes pada 20 Februari hadapan.

“Setakat ini, JAIM berpuas hati dengan kerjasama serta keterangan yang diberikan ketika tempoh penahanan,” katanya.

Bagaimanapun, kes disiasat dibawah Seksyen 63 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 atas kesalahan menghina agama Islam serta boleh dihukum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semalam, JAIM menahan lebih 29 anggota kumpulan berkenaan di dua lokasi berbeza iaitu di Umbai dan Telok Mas termasuk ketua gerakan kumpulan, dalam operasi selama lebih empat jam berakhir jam 3.30 pagi.

Pelbagai barangan dipercayai digunakan untuk aktiviti fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam turut dirampas, seperti buku berunsur Syiah dan Imam Mahdi, kain rentang, bendera melambangkan Syiah, batu berhala, komputer serta keris.- https://www.ismaweb.net/

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *