BIAR GAMBAR BERBICARA…. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Akibat air sungai yang melimpah kerana hujan lebat, jalan ke Kampung Lingga, Kiulu Tiuaran tidak dapat dilalui, walaupun menggunakan kenderaan pacuan empat roda.
Bagaimanapun ia tidak menghalang semangat kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah yang nekad menyampaikan bantuan kepada penduduk kampung yang memerlukan.
Dengan kerjasama orang ramai,baik lelaki mahupun wanita Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki dan kakitangan badan dakwah ini menggunakan tulang empat kerat memindahkan barangan sumbangan merentas sungai menggunakan jambatan gantung.
Hasil muafakat, sebanyak 65 bakul barang makanan kering mengandungi barangan keperluan harian seperti beras, gula, kopi, minyak masak, biskut dan mee serta 100 botol air mineral akhirnya berjaya disampaikan kepada keluarga di Kampung Lingga.
KOMEN