Home » Citra Yadim » Mesyuarat pertama ALPA YADIM yang baharu dilantik

Mesyuarat pertama ALPA YADIM yang baharu dilantik

PUTRAJAYA – Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang baharu dilantik hari ini (7 September) mengadakan mesyuarat pertama mereka di ibu pejabat badan dakwah itu di sini.

Seramai 10 ALPA termasuk Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan, Timbalannya, Yang Berbahagia Dato’ Dr Fakhrudin Abdul Mukti bersama Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh bermesyuarat selama kira kira tiga jam membincangkan pelbagai isu.

Antara yang disentuh termasuklah peranan mereka, penubuhan jawatankuasa khas, hala tuju YADIM, program program serta gerak kerja badan dakwah ini.

Mesyuarat ini turut disertai pengurusan kanan badan dakwah YADIM.

Seramai 11 ALPA YADIM menerima watikah perlantikan mereka pada 17 Ogos lalu, yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu majlis di Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan

‘Tahniah Dr Sirajuddin’ – Anwar

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *