Home » Citra Yadim » Majalah Dakwah Isu 50 : Pendekatan Rahmah Dalam Mendepani Isu & Permasalahan Sosial Masyarakat

Majalah Dakwah Isu 50 : Pendekatan Rahmah Dalam Mendepani Isu & Permasalahan Sosial Masyarakat

 

PUTRAJAYA – Majalah Dakwah perlukan anda. Untuk isu ke 50 Majalah Dakwah keluaran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dijangka diterbitkan pada Mac depan, orang ramai dialu alukan menyumbang artikel untuk disiarkan.

Dengan sub tema ‘Pendekatan Rahmah Dalam Mendepani Isu & Permasalahan Sosial Masyarakat’ serta ‘Etika dan Integriti di Malaysia : Isu dan Cabaran’, mereka yang berminat boleh menghantar artikel masing masing ke majalah.dakwah@yadim.com.my sebelum 20 Januari 2020.

Ia hendaklah disertakan dengan cover letter dan resume terkini serta nombor akaun bank untuk memudahkan sebarang urusan.

Artikel sepanjang 800 hingga 1000 patah perkataan itu mestilah asli dan belum pernah disiarkan di mana mana penerbitan.

Penulisan juga tidak perlu terlalu formal, sebaiknya dalam bentuk santai dan mudah difahami semua. Sebarang jenis gambar yang bersesuaian sekiranya dilampirkan bersama artikel juga dialu alukan.

Setiap penulisan yang terpilih dan disiarkan akan menerima honorarium daripada YADIM.
Untuk sebarang pertanyaan boleh diemelkan kepada noorzihan@yadim.com.my dan nurfarhanis@yadim.com.my atau hubungi talian 03 8870 3870/3803.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *