KUALA KEDAH – Nasib Orang Kelainan Upaya tidak pernah dilupakan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah.
Jika mereka yang sempurna juga terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan, apatah lagi mereka ini.
Justeru pada 6 Ogos, seramai 50 keluarga OKU disantuni YADIM Kedah di sini menerusi pemberian barangan keperluan harian.
Masyarakat perlu sedar bahawa mereka dilahirkan dalam keadaan tidak sempurna, namun mereka mempunyai hak sama seperti orang lain.
Hadir sama dalam inisiatif ini ialah Pengerusi Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kelainan Upaya Kedah (PESRON), Siti Norbaya Romli, Pengerusi Persatuan Penjaja Orang Kelainan Upaya Kedah, Haji Noor Darus.
Turut membantu menjayakan program ini ialah Rakan Siswa YADIM Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Universiti Teknologi Mara Merbok.
KOMEN