SEBERANG JAYA – Sambutan Deepavali yang bakal menjelang tidak lama lagi, pasti lebih bermakna buat 50 keluarga di sini.
Manakan tidak, mereka disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang menerusi pemberian barangan makanan pada 2 November.
Program ini berlangsung di dewan makanan Kompleks Kuil Sri Radha Krishna di sini.
50 pek makanan untuk golongan B40 ini disampaikan kepada pengurusan kuil berkenaan yang akan mengagihkannya kepada mereka yang dikenalpasti memerlukan.
Hadir ke program ini ialah Ahli Lembaga Pengarah YADIM, Zikri Zulkifli, Pengarah YADIM Pulau Pinang, Mohd Afifi Ruslan, pengurus kuil, Selvarajan a/l Siddamparan dan Setiausaha Masjid Sembilang, Haji Rashid Ali.
Menurut Mohd Afifi, program bersama komuniti bukan Islam seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang untuk menyantuni pelbagai lapisan masyarakat bersama rumah ibadat lain.
KOMEN