PENGKALAN CHEPA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
Kelantan pada 2 Januari telah mengadakan program Khatan Is’aadul Usrah.
Program ini diadakan dengan kerjasama Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Cawangan Kelantan, Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa, Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 1 dan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Chempaka.
Seramai 50 kanak-kanak dari keluarga B40 telah dipilih utk menyertai program ini.
Ia telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Ustaz Ahmad Marzuk Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkap Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
Turut hadir Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Yang Berhormat Ustaz Ahmad Fathan Mahmood yang juga merupakan Ahki Dewan Undangan Negeri Chempaka, Pengarah YADIM Kelantan, Mahadi Awang dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa , Un Mat .
Berkhatan di lakukan di Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa bermula 9.30 pagi sehingga 1 petang.
Bagi mematuhi SOP yang ditetapkan hanya 10 peserta dikhatankan pada satu satu masa.
Setiap peserta juga menerima kain pelikat,roti dan air minuman
KOMEN