Home » Persuasif » 5 jenis makanan untuk mencantikkan kulit

5 jenis makanan untuk mencantikkan kulit

5 July 2013

Memiliki kulit yang gebu dan sihat sememangnya menjadi idaman kebanyakan wanita. Jadi, cara paling mudah untuk mendapatkannya adalah dengan mengambil 5 jenis makanan ini secara teratur, dan kulit gebu pasti menjadi milik anda.

Blueberry
Buah ini sangat kaya antioksidan. Di dalam tubuh, antioksidan ini melindungi sel-sel tubuh kita dari zat radikal yang dapat merosakkan sel, termasuk sel kulit. Hanya semangkuk kecil blueberry diperlukan setiap hari untuk kecantikan kulit anda.

Salmon
Salmon kaya dengan kandungan lemak omega-3. Zat ini mengandung alpha-linolenic acid, yang menjaga kulit supaya lembap, lembut, gebu dan anjal. Kandungan lemaknya juga mampu mengurangkan radangan pada kulit yang terbakar.

Avocado
Buah yang creamy ini mempunyai kandungan vitamin E yang melimpah. Selain menjaga kelembapan kulit, kandungan vitamin E pada avokado juga mengurangkan zat radikal bebas, dan melindungi kulit dari sinar ultra violet.

Ubi kentang
Kandungan betakaroten di dalam ubi kentang boleh membuatkan anda berfikir berulangkali. Betakaroten digunakan untuk memproses vitamin A yang mempercepatkan proses menggantikan sel-sel yang rosak.

Buah delima
Buah delima sangat kaya dengan vitamin C. Apatah lagi kandungan antioksidannya juga tidak boleh dipandang ringan. Kandungannya akan menjaga kulit lebih cerah, tanpa kedutan, dan mengurangkan risiko kanser kulit.

Artikel Berkaitan

Selangor sediakan modul khas pulihkan ahli GISB

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini dalam fasa memulihkan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *