Home » Langit Terbuka » 49 Negara Serta World #Quranhour

49 Negara Serta World #Quranhour

KUALA LUMPUR – Sebanyak 49 buah negara seluruh dunia akan mengambil bahagian dalam program World #QuranHour yang akan diadakan pada 7 Jun hadapan.

Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Seri Dr. Zaleha Kamarudin berkata, setakat hari ini sahaja penyertaan yang diterima amat menggalakkan dan menyasarkan lebih 50 negara akan menyertai World #QuranHour.

“World #QuranHour pada tahun ini merupakan kempen membentuk sebuah landasan solidariti ummah seluruh dunia di bawah naungan Al-Quran.

“Ia juga diharap menjadi komitmen bersama seluruh dunia untuk melakukan transformasi diri ke arah lebih baik sekali gus mewujudkan persekitaran ummah yang penuh kasih sayang,” katanya dalam sidang akhbar World #QuranHour di sini hari ini.

Program tahun ketiga itu dianjurkan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan akan diadakan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM pada 7 jun hadapan. – UTUSAN ONLINE.

Artikel Berkaitan

Jangan hina Islam, pertahan kesuciannya – Sultan Pahang

JERANTUT: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap individu yang semakin berani mencabar dan memperlekeh kesucian Islam. Baginda menegaskan,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *