SHAH ALAM – Seramai 46 mangsa daripada 13 keluarga di sekitar Kuala Selangor dipindahkan ke Pusat Pemindahan Majlis Daerah Kuala Selangor Desa Coalfields selepas kediaman mereka  dinaiki air berikutan hujan lebat sejak malam tadi.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kuala Selangor, setakat 8.30 pagi tadi, kesemua mangsa yang terdiri daripada 24 orang dewasa, 13 kanak-kanak dan sembilan warga emas dari Kampung Seri Aman Sungai Buloh dan Kampung Ladang Tuan Mee ditempatkan di pusat pemindahan berkenaan.
“Pemantauan berterusan sedang dibuat oleh agensi dan pejabat daerah berkaitan,” kata sekretariat berkenaan dalam satu kenyataan. – BERNAMA
KOMEN