LONDON 3 Feb. – Seorang warga Britain yang merempuh sekumpulan jemaah masjid selepas solat Tarawih di London hingga menyebabkan seorang terbunuh Ramadan lalu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup semalam dengan tempoh minimum 43 tahun.
Darren Osborne, 48, dari Cardiff, Wales, didapati bersalah membunuh Makram Ali, 51, dan cuba membunuh beberapa yang lain dalam kejadian di Finsbury Park, utara London pada 19 Jun lalu.
Pendakwa sebelum ini berkata perbuatannya jelas dilihat sebagai serangan pengganas.
Osborne yang juga seorang penganggur, sebelum ini mengaku tidak bersalah malah mendakwa seorang lelaki bernama ‘Dave’ sebenarnya memandu ketika itu.
Bagaimanapun polis berkata, ia hanyalah satu pembohongan kerana lelaki itu tidak wujud. Menurut saksi, beliau mendengar Osborne berkata “Tugas saya selesai, anda boleh bunuh saya sekarang.”
Juri mendapati dia bersalah selepas dibicarakan selama dua minggu. – AFP
KOMEN