Home » Langit Terbuka » 43 PATI Kerja Di Cawangan Peneraju Utama Tekstil Tempatan Ditahan

43 PATI Kerja Di Cawangan Peneraju Utama Tekstil Tempatan Ditahan

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata warga asing yang ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen itu terdiri daripada tujuh warga Indonesia dan 36 rakyat Bangladesh.

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen menahan 43 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bekerja di beberapa cawangan kedai peneraju utama tekstil tanah air di sekitar Kuala Lumpur menerusi Ops Mega 3.0 yang dijalankan pada 6 Julai lepas.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata warga asing yang ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen itu terdiri daripada tujuh warga Indonesia dan 36 rakyat Bangladesh.

“Jabatan Imigresen telah memberi tempoh yang secukupnya bagi majikan mendaftarkan pekerja mereka daripada golongan PATI. Namun kesempatan ini tidak diambil sepenuhnya oleh sesetengah majikan.

“Oleh itu, mereka bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang jika dikesan dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan secara berterusan bagi membanteras lambakan PATI di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mustafar berkata sejak Ops Mega 3.0 dilaksanakan dari 1 hingga 6 Julai lepas, pihaknya menjalankan 595 operasi, dan hasilnya 1,475 PATI dan 28 majikan ditahan. – BERNAMA

https://bernama.com/bm/am/news.php?id=1478736

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *