Home » Persuasif » 4 cara manfaatkan buah tembikai untuk kecantikan

4 cara manfaatkan buah tembikai untuk kecantikan

5 October 2013

Ketika melihat merah meronanya buah tembikai di musim panas, kita pasti mahu merasainya. Apatah lagi buah ini kaya dengan kandungan air yang menghilangkan dahaga.

Oleh kerana ia mengandungi 93 peratus air, tembikai menjadi buah kegemaran yang serasi untuk kulit. Pelbagai nutrisi dan vitamin di dalamnya bermanfaat untuk merawat kulit serta mencegah penuaan. Selain itu, tembikai juga boleh menjadi pelembap semulajadi yang dapat melembab, melindungi kulit dari sinar matahari serta menyegarkan.

Jadi, sudah tahu bagaimana tembikai memberi kesan yang baik kepada kulit? Mari lihat cara memanfaatkan buah ini untuk kecantikan kulit anda.

Meremajakan kulit
Untuk meremajakan kulit, ambil 100 gram isi buah tembikai, kemudian hancurkan. Sapukannya sebagai masker pada seluruh wajah sehingga wajah berasa lebih dingin, segar dan lembab. Kesan masker tembikai ini mampu membersihkan debu dan kotoran hingga ke dalam pori-pori.

Melembutkan kulit
Untuk melembutkan kulit, ambil 100 gram isi buah tembikai, campur dengan 1 sudu makan yogurt. Sapukannya pada wajah serta leher dan biarkankan selama 10 minit. Bilas dengan air sejuk. Cara ini berfungsi untuk mengembalikan kelembaban kulit. Manakala yogurt dapat melembutkannya dengan menyerap jauh ke dalam kulit. Kulit akan menjadi lebih lembut serta bersinar.

Mengatasi kedutan di wajah
Tembikai juga kaya dengan kandungan antioksidan. Oleh itu ia dapat membantu mencegah kerosakan kulit serta mengatasi kedutan di wajah. Caranya adalah dengan mencampurkan 100 gram isi buah tembikai dengan avocado yang telah dihancurkan. Gaulkan hingga sebati kemudian sapukan pada seluruh wajah sebagai masker.Biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam, kemudian akhiri proses dengan meletakkan ais ke seluruh wajah.

Menghilangkan noda hitam di wajah
Sebagai scrub, tembikai juga bertindak mengatasi noda hitam di wajah. Caranya adalah dengan mencampurkan 100 gram isi buah tembikai dengan 2 susu makan garam. Kemudian scrub dan urut muka dengan gerakan membulat. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas, dan rasakan kulit yang lebih bersih dan bersinar. Selain menjadikannya sebagai masker, tembikai juga enak dinikmati sebagai potongan buah segar dan jus. Tidak susah untuk mengembalika kecantikan kulit dengan cara semulajadi yang menyenangkan dengan menggunakan bahan-bahan di sekitar anda.

 

Artikel Berkaitan

Selangor sediakan modul khas pulihkan ahli GISB

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini dalam fasa memulihkan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *