Home » Langit Terbuka » 3,980 remaja hamil anak luar nikah

3,980 remaja hamil anak luar nikah

KUALA LUMPUR, 8 Ogos -- Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dr Rose Lena Lazemi ketika ditemuramah oleh Bernama baru-baru ini. -- fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA

PUTRAJAYA 9 Sept. – Statistik Kementerian Kesihatan pada tahun lalu mendedahkan sebanyak 3,980 atau 28.8 peratus daripada 13,831 remaja berusia 10 hingga 19 tahun mengandung anak luar nikah.

Menurut statistik ter­sebut, lima negeri mencatatkan kes kehamilan remaja ter­tinggi iaitu Sabah de­ngan 3,084 kes diikuti Sarawak (2,910), Selangor (1,461), Johor (1,319) dan Pahang 940 kes.

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dr. Rose Lena Lazemi berkata, fakta tersebut jelas menunjukkan penge-
tahuan mengenai kesihatan seksual reproduktif dalam kalangan remaja di negara ini masih rendah.

“Malah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan turut melaporkan 18,000 remaja hamil mendapatkan perkhidmatan di klinik kesihatan kerajaan dalam setahun bermula dari 2011 hingga 2013.

“Sebanyak 25 peratus daripada jumlah itu merupakan yang tidak berkahwin dan secara puratanya terdapat 1,500 kes remaja hamil dalam sebulan dan 50 kes sehari dilaporkan di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Wacana Penyelidikan Kajian Faktor Risiko dan Pelindung Terhadap Kesihatan Seksual dan Reproduktif Remaja di Sabah dan Sarawak anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi LPPKN, Datuk Mariam Mas Yaakob dan Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Dr. Siti Norlasiah Ismail serta Pengarah Sektor Perkhidmatan Keluarga LPPKN, Dr. Azizuddin Mohd. Yusoff.

Menurut Rose Lena, kurang­nya kesedaran mengenai penge­tahuan seks turut menjadi penyebab utama statistik rogol semakin meningkat apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan 93.5 peratus mangsa daripada 12,473 kes itu sejak 2011 hingga Jun 2015 adalah remaja berumur 13 hingga 18 tahun.

“Laporan PDRM juga menunjukkan jumlah pembuangan bayi di negara ini adalah 432 kes sejak 2011 hingga Jun 2015 dengan kejadian kehamilan luar nikah me­rupakan punca utama kes tersebut berlaku,” kata beliau.

Sehubungan itu, Rose Lena memberitahu, LPPKN akan memperkenalkan Modul Pendi­dikan Reproduktif dan Seksual Remaja Lelaki pada Oktober ini sebagai usaha menangani masalah salah laku seks dalam kalangan remaja.

Jelasnya, modul itu merangkumi isu seks sebelum kahwin, variasi seks, kehamilan remaja, penderaan seksual dan penyakit kelamin serta ia mula dirintis di lima negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sabah.

https://www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *