JOHOR BAHRU – Meneruskan usaha menyantuni semua lapisan masyarakat, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 13 Februari telah menyampaikan sumbangan kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di sekitar bandaraya ini.
Seramai 30 keluarga OKU menerima sumbangan barangan keperluan harian dan sedikit wang tunai daripada YADIM.
Ia adalah sebahagian daripada pengisian program YADIM Peduli selama dua hari di bandaraya ini sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh kepada Pengerusi Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia cawangan Johor, Norshida Alwee
Hadir sama ialah Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdullah.
Secara keseluruhan, YADIM membelanjakan sebanyak RM30,000 untuk program ini yang memberi manfaat kepada 365 penerima.
KOMEN