KUCHING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak, meneruskan gerak kerja dakwah dan menyantuni pihak terjesan dengan Covid-19 di sekitar bandar raya ini.
Pada 28 April, menerusi program Musa’adah Covid-19, dua keluarga di Kampung Semariang Tumtum dan sebuah keluarga di Kampung Semerah Padi di sini menerima sumbangan barangan keperluan harian.
Ketiga-tiga individu yang dibantu tersebut merupakan golongan yang tidak berkemampuan dan terjejas pendapatan serta hilang mata pencarian akibat PKP yang dilaksanakan.
Semoga bantuan yang dihulurkan ini dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh mereka khususnya dalam menghadapi bulan Ramadan ini.
KOMEN