Home » Wacana » 3 Golongan Manusia Tidak Peroleh Rahmat Allah SWT Di Hari Kiamat

3 Golongan Manusia Tidak Peroleh Rahmat Allah SWT Di Hari Kiamat

Dari Abu Hurairah RA bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Ada tiga golongan manusia yang kelak di Hari Kiamat, Allah tidak akan berbicara kepada mereka, tidak akan melihat mereka dan tidak akan menyucikan mereka, dan bagi mereka azab yang sangat pedih. (Mereka adalah); lelaki lanjut usia yang berzina, pemimpin pendusta, dan orang miskin yang sombong.” (HR Muslim).

Penjelasan Hadis:

  1. Lelaki lanjut usia yang berzina

 Ada banyak penafsiran yang dikemukakan dengan maksud “lelaki lanjut usia yang berzina” ini. antaranya adalah:

  • Orang yang telah berusia tentu akan kurang motivasinya untuk melakukan perbuatan keji, selain menurunnya dorongan nafsu berahi dalam diri.
  • Jika perbuatan keji ini berlaku dan pelakunya adalah seorang yang telah lanjut usia, maka hal itu dapat ditafsirkan sebagai perilaku yang disengajakan kerana keingkarannya terhadap hukum Allah yang telah ditetapkan. Perlakuan ini juga sebagai indikasi keimanannya.
  • Faktor lainnya adalah orang yang sudah memasuki usia lanjut, kekuatan fikiran dan fiziknya jauh berbeza dengan orang muda. Atas pertimbangan tersebut, maka perlakuan zina tersebut mencerminkan sikapnya terhadap hak Allah dan rendahnya kualiti keperibadian dan akhlak si pelaku.
  1. Pemimpin yang berdusta

 Di zaman ini, pendustaan seorang penguasa bukan hal yang dianggap hina.  Pendustaan dan pembohongan dilihat seolah-olah sudah menjadi watak yang melekat erat pada diri pemimpin kecuali orang-orang yang dirahmati Allah. Seorang pemimpin tentu saja tidak perlu berasa takut pada orang lain, sehingga menjadi alasan bagi dirinya untuk berbohong.

 Boleh jadi seorang penguasa berbohong lantaran terlalu banyak berbicara dan berjanji. Setiap pemimpin tentu saja sering berpidato di hadapan rakyatnya dalam berbagai kesempatan yang berbeza-beza sSehingga tidak jarang dalam pidatonya itu dia menabur janji yang tidak ditepati.

  1. Orang miskin yang sombong

Sombong adalah sikap menolak kebenaran dan memandang rendah orang lain. Kesombongan mungkin terjadi kerana beberapa sebab antaranya:

  • Harta
  • Kedudukan
  • Keturunan

Artikel Berkaitan

Ummu Atiyyah sokong keputusan MKI

Kuala Lumpur: Anak sulung kepada bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Ummu Atiyyah menyokong keputusan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *