Home » Langit Terbuka » 258 PATI Lagi Ditahan

258 PATI Lagi Ditahan

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, dalam serbuan pertama di Selayang pihaknya menahan sebanyak 69 PATI terdiri daripada 40 warga Indonesia dan selebihnya warga Bangladesh

KUALA LUMPUR – Seramai 258 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi di sekitar Lenbah Klang menerusi Op Mega 3.0 yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) awal pagi tadi.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, dalam serbuan pertama di Selayang pihaknya menahan sebanyak 69 PATI terdiri daripada 40 warga Indonesia dan selebihnya warga Bangladesh.

“Pemeriksaan di Kepong pula menyaksikan sebanyak sembilan PATI ditahan iaitu masing- masing empat warga Nigeria dan Indonesia serta satu Filipina.

“Tangkapan paling ramai dilakukan di Bukit Jalil iaitu 181 orang dengan warga Indonesia seramai 140 orang diikuti Myanmar (21) dan Bangladesh (20),” katanya.

Dalam serbuan tersebut, beberapa pegawai imigresen turut cedera selepas dirempuh warga Nigeria.

Menurut Mustafar, beberapa lelaki Nigeria cuba meloloskan diri ketika pemeriksaan dan perkara itu menyebabkan ada pegawai imigresen yang cedera.

Jelasnya, antara kesalahan yang dikesan termsuklah pasport tamat tempoh, dokumen kerja tidak sah serta pemalsuan dokumen.

Dalam pada itu, beliau berkata, kesemua PATI berkenaan akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. – UTUSAN ONLINE

https://www.utusan.com.my/berita/jenayah/258-pati-ditahan-1.708153#ixzz5L6385Enx

Artikel Berkaitan

Jangan hina Islam, pertahan kesuciannya – Sultan Pahang

JERANTUT: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap individu yang semakin berani mencabar dan memperlekeh kesucian Islam. Baginda menegaskan,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *