KUALA TERENGGANU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 28 Julai telah mengagihkan sebanyak 250 pek barangan keperluan harian untuk mereka yang memerlukan di sekitar bandaraya ini.
Program yang diadakan dengan kerjasama beberapa rakan badan bukan kerajaan (NGO), turut menyantuni keluarga bukan Muslim yang memerlukan di sini, selaras dengan gerak kerja badan dakwah ini yang membantu semua tanpa mengira latar belakang.
Antara rakan NGO berkenaan ialah Unit Amal Trader bersama Penaja Fxprimus, Pertubuhan Kebajikan Fi Sabilillah Negeri Terengganu, Rakan Trader, Al-Rasyid TFM, SolongFx dan YMM Terengganu Belia Cina.
Inisiatif ini turut mendapat kerjasama Sukarelawan YADIM serta Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu.
Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin hadir sama ke program ini.
Dalam pada itu, wakil Unit Amal Trader, Mohd NorHisham Ismail berkata, pihaknya teruja dengan program yang dijalankan bersama ini dan berharap agar ia akan berkekalan pada masa akan datang.
“Semoga ikatan ini berkekalan pada masa akan datang,” ujarnya yang optimis YADIM Terengganu dan rakan rakan NGO yang terbabit akan dapat menjalankan lebih banyak program menyantuni masyarakat pada masa akan datang.
KOMEN